dari angan-angan tercipta mimpi... dari mimpi mula mengorak usaha..dengan izinNya,usaha membuahkan jaya... .

Saturday, 18 January 2014

Teknik Nabi : Menggunakan perkataan yang tepat dalam pernyataan penegasan dan doa

Salam,

berkongsi drp FB: Ustazah Khadijah (catatan peribadi beliau)

Mendorong Orang Yang Lebih Berusia Dengan Teknik Nabi|

Tempohari ketika singgah di R&R, saya dan bonda pergi menunaikan solat Jamak Ta'khir di surau. Sebaik selesai solat, bonda melipat sejadah yang telah digunakan. Sambil melipat sejadah, bonda meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap sejadah-sejadah yang telah digunakan oleh orang lain namun tidak dilipat dan diletakkan semula di tempatnya.

Kata bonda, "Apalah salahnya sudah guna lipat elok-elok dan letak semula. Bukan susah pun. Ini tinggal sahaja bersepah-sepah."

Saya tahu, tingkah bonda itu adalah amalan lazim yang sering dilakukan oleh ramai orang dan bertentangan dengan Teknik Nabi. Namun saya senyum sahaja mendengar bonda terus mengomel. Di kepala, hanya terfikir mahu aplikasi Teknik Nabi menegur dan mendorong bonda.

Saya tidak menegur bonda dengan berkata, "Bonda, tak usahlah membebel. Sekiranya bonda mahu lipat sejadah bonda, lipat sahaja. Tak perlu bonda bisingkan sejadah yang telah digunakan oleh orang lain." (Salah)

Saya juga tidak kritik bonda dengan berkata, "Bonda ini, lipat sejadah macam tak ikhlas. Kalau bonda ikhlas, bonda tak sibuk sebut-sebut sejadah orang lain." (Salah)

Saya tidak juga menasihati bonda dengan berkata, "Bonda, kalau kita buat kerja haruslah ikhlas. Barulah dapat pahala." (Salah)

Sebaliknya saya mengaplikasi Teknik Menegur Dengan Menerangkan. Saya berkata, "Bonda, Allah mahu beri kita peluang membuat pahala dengan membantu lipat sejadah yang bersepah ini. Melipat sejadah yang lain-lain ini akan membolehkan kita mendapat pahala. Allah tentu suka apabila orang lain berasa senang dan selesa melihat sejadah yang tersusun kemas." (Betul)

Sebaik mendengar kata saya, bonda tersenyum suka. Bonda tidak lagi mengomel mahupun meluah rasa tidak puas hatinya. Tangannya laju sahaja mencapai sejadah-sejadah lain yang bersepah di lantai. Akhirnya, semua sejadah dilipat dan diletakkan semula ke tempat asalnya tanpa meminta pertolongan saya.

Sebaik melihat perbuatan bonda itu, saya aplikasi pula Teknik Pujian Gaya Nabi dengan menutur pujian memuji hasil kerja bonda, "Wah, kemas dan tersusun sejadah-sejadah yang bonda lipat ini. Kalau macam ini, banyaklah pahala bonda dapat. Allah suka orang yang memudahkan dan menyenangkan orang lain." (Betul)

Bonda bertambah suka mendengar pujian saya. Senyuman bonda bertambah lebar dan wajahnya kelihatan ceria. Tanpa disuruh atau diajak, selepas itu saya melihat dengan sendirinya bonda melipat dan mengemaskan kain-kain telekung yang tergantung pula.

Subhanallah! Terbukti teknik Nabi bukan hanya untuk pelajar dan anak-anak, tetapi juga bersesuaian untuk semua peringkat usia.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kesimpulannya:

Ya, saya memperolehi jawapan kepada kekusutan hati yang saya alami... saya rasa sangat lega apabila menggunakan teknik ini.

Kini saya sentiasa gunakan ayat ini untuk menerangkan kepada diri sendiri kenapa sesuatu itu terjadi dengan ayat berikut:-
a. Jika saya merungut asyik saya sahaja yang kena buat sesuatu perkara.....
'Allah beri kita peluang untuk dapat pahala dengan...............(masukkan ayat anda disini)

b. Jika saya ketemu orang /perkara yang tidak saya sukai......
'Allah beri kita peluang untuk melalui pengalaman......(nyatakan cerita anda di sini) ...agar saya jadi orang yang bijak mengendalikan keadaan/orang macam ini di masa hadapan  (ini terpulang kepada diri anda sendiri...gunakan ayat positif) 

atau  "Allah beri saya iktibar agar...................atau apa sahaja, dengan permulaan ayat "Allah beri kita peluang..."

selamat mencuba.......

No comments:

Post a Comment