dari angan-angan tercipta mimpi... dari mimpi mula mengorak usaha..dengan izinNya,usaha membuahkan jaya... .

Thursday 25 April 2013

Mak, azam dan mentor : Allah mengiyakan mengikut sangkaan hambaNya -Bhgn1

Salam bloggers..
terima kasih kerana singgah di ruang saya.

Sebelum mak diundang pulang kepangkuanNya, awal tahun ini saya sangat berazam untuk memperbaiki diri..

Doa saya adalah agar saya bertemu dengan guru / mentor yang boleh memberi tunjuk ajar kepada saya...saya sangat ingin khyusuk dlm solat, kerana saya tahu, untuk harapan kita makbul, hendaklah kita memperbaiki hubungan kita dengan KHALIQ yang MAHA KAYA

saya juga berazam untuk memperbaiki hubungan saya dengan Tuhan, mak dan keluarga....tapi Allah hanya mengizinkan lebih kurang 3 bulan sahaja utk saya laksanakan azam dgn mak.....saya 'kesasaran',peluang saya berbakti dgn mak terlalu singkat, ditambah dgn kebingungan melaksanakan arahan tugas semasa...

tapi Allah memang MAHAKAYA, MAHA PENGASIH, MAHA BIJAKSANA....

untuk saya berubah secara 'totok' (totally),  untuk saya mengetahui takdir diri , saya harus DIPERKAYAKAN dengan pengalaman baru, iaitu saya perlu menghadapi kepulangan mak secara mendadak...

doa saya yg diiyakan Allah ....ingin belajar khusyuk solat...

dgn kekayaan Allah SWT,  Pengerusi  persatuan wanita di organisasi saya, yg juga merupakan isteri kepada Big Boss kami,  adalah trainer dan practitioner kepada anti-aging programme dan bermewah hati mengajar kami teknik meditasi untuk solat secara PERCUMA...

sangat mudah dan cepat..Caranya:

1. letak tangan atas perut, tarik nafas dan lepaskan secara bertenang, 3x, rasakan naik turun perut kita
2. letak di dada, sama seperti di atas
3. letak dileher, sama seperti di atas
4. tarik nafas, hembus rasa (feel)/bayangkan (visualize) keluar masuk udara pada bahagian kepala
5. istighfar , lebih baik kalau ingat maknanya, lagi cepat meresap ke dada dan perasaan
6. zikir tasbih fatimiyah iaitu Subhanallah, Alhamdulilah, Allahuakbar, setiap satu 33x

kalau dah dapat rasa tenang dan dah biasa,  untuk mulakan solat, cuma buat 1-2-3-4-5...



nota : http://jejaksirah-insaflah.blogspot.com/2009/03/istighfar.html  (terima kasih jejaksirah)

Istighfar ringkas:
astaghfirullah, yang bermakna "Aku memohon keampunan Allah".

Dalam bahasa Inggeris, ianya membawa maksud:
astaghfirullah, meaning "I seek forgiveness from Allah".

Istighfar yang lebih lengkap adalah - ASTAGHFIRULLAH HAL'AZIM, ALLAZI LA ILA HAILLAH HUAL HAYYUL QAYYUM, WA'ATU BU ILAIH.

No comments:

Post a Comment