dari angan-angan tercipta mimpi... dari mimpi mula mengorak usaha..dengan izinNya,usaha membuahkan jaya... .

Monday 22 April 2013

Mak dan kasih sayangNya...AlFatihah

Mak dan kasih sayangNya.........

sudah lama saya tidak update blog saya kerana sibuk ntah apa-apa dan tiada masa.....
18 Mac 2013, bersamaan dengan hari lahir suami saya, bonda saya dijemput kembali kehadratNya.............saya sangat terkesima dengan hal ini..pelbagai rasa datang terutamanya perasaan guilty dan terkilan kerana tidak menyedari tanda-tanda nya......
segala yang saya sibukkan sebelum ini terpadam drp fikiran saya...saya tak menyangka yg saya sendiri akan mengalami keadaan ini...aneh kan hidup ini, rasa macam sedang menonton drama...drama kehidupan sendiri..

Tapi, selepas mak pergi, rezeki saya dalam pencarian ilmu datang tidak putus-putus....Allahuakbar...

saya cuma ingin kongsikan kepada semua yang saya sangat sayang mak, kalau selama ini saya tidak pernah menyebutnya, hari ini , pada blog saya ini saya ingin kongsi kan itu....

Mak adalah mak terbaik bagi saya, dunia dan akhirat, mak sudah membesarkan saya, bersabar dengan karenah saya adik beradik dan famili...kasih dan doa mak lah yang telah membawa saya hingga ke peringkat saya kini......

Hikmahnya, saya berazam...
1. tidak menangguh kerja atau menangguh apa sahaja impian yang saya inginkan
2. sentiasa ingat bahawa mati bila-bila masa sahaja dan saya mesti bersedia..........
3. doa adalah senjata mukmin, seorang pakcik penjual sate menasihat saya saat itu, kata beliau " dik, kita mesti berdoa untuk terus hidup, dan sentiasa bersedia untuk mati".....

buat surfer yg terjumpa blog ini, mohon hadiah al-Fatihah buat bonda saya, Hjh Siti Asmah Jani,
13 Julai1950-18 Mac 2013......tarikh lahir mak = dgn tahun beliau dijemput pulang olehNya... 

Terima kasih kerana sudi singgah di sini...insya allah saya update lagi blog ini ...very very soon...

No comments:

Post a Comment