dari angan-angan tercipta mimpi... dari mimpi mula mengorak usaha..dengan izinNya,usaha membuahkan jaya... .

Saturday 18 January 2014

Teknik Nabi : Menggunakan perkataan yang tepat dalam pernyataan penegasan dan doa

Salam,

berkongsi drp FB: Ustazah Khadijah (catatan peribadi beliau)

Mendorong Orang Yang Lebih Berusia Dengan Teknik Nabi|

Tempohari ketika singgah di R&R, saya dan bonda pergi menunaikan solat Jamak Ta'khir di surau. Sebaik selesai solat, bonda melipat sejadah yang telah digunakan. Sambil melipat sejadah, bonda meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap sejadah-sejadah yang telah digunakan oleh orang lain namun tidak dilipat dan diletakkan semula di tempatnya.

Kata bonda, "Apalah salahnya sudah guna lipat elok-elok dan letak semula. Bukan susah pun. Ini tinggal sahaja bersepah-sepah."

Saya tahu, tingkah bonda itu adalah amalan lazim yang sering dilakukan oleh ramai orang dan bertentangan dengan Teknik Nabi. Namun saya senyum sahaja mendengar bonda terus mengomel. Di kepala, hanya terfikir mahu aplikasi Teknik Nabi menegur dan mendorong bonda.

Saya tidak menegur bonda dengan berkata, "Bonda, tak usahlah membebel. Sekiranya bonda mahu lipat sejadah bonda, lipat sahaja. Tak perlu bonda bisingkan sejadah yang telah digunakan oleh orang lain." (Salah)

Saya juga tidak kritik bonda dengan berkata, "Bonda ini, lipat sejadah macam tak ikhlas. Kalau bonda ikhlas, bonda tak sibuk sebut-sebut sejadah orang lain." (Salah)

Saya tidak juga menasihati bonda dengan berkata, "Bonda, kalau kita buat kerja haruslah ikhlas. Barulah dapat pahala." (Salah)

Sebaliknya saya mengaplikasi Teknik Menegur Dengan Menerangkan. Saya berkata, "Bonda, Allah mahu beri kita peluang membuat pahala dengan membantu lipat sejadah yang bersepah ini. Melipat sejadah yang lain-lain ini akan membolehkan kita mendapat pahala. Allah tentu suka apabila orang lain berasa senang dan selesa melihat sejadah yang tersusun kemas." (Betul)

Sebaik mendengar kata saya, bonda tersenyum suka. Bonda tidak lagi mengomel mahupun meluah rasa tidak puas hatinya. Tangannya laju sahaja mencapai sejadah-sejadah lain yang bersepah di lantai. Akhirnya, semua sejadah dilipat dan diletakkan semula ke tempat asalnya tanpa meminta pertolongan saya.

Sebaik melihat perbuatan bonda itu, saya aplikasi pula Teknik Pujian Gaya Nabi dengan menutur pujian memuji hasil kerja bonda, "Wah, kemas dan tersusun sejadah-sejadah yang bonda lipat ini. Kalau macam ini, banyaklah pahala bonda dapat. Allah suka orang yang memudahkan dan menyenangkan orang lain." (Betul)

Bonda bertambah suka mendengar pujian saya. Senyuman bonda bertambah lebar dan wajahnya kelihatan ceria. Tanpa disuruh atau diajak, selepas itu saya melihat dengan sendirinya bonda melipat dan mengemaskan kain-kain telekung yang tergantung pula.

Subhanallah! Terbukti teknik Nabi bukan hanya untuk pelajar dan anak-anak, tetapi juga bersesuaian untuk semua peringkat usia.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Kesimpulannya:

Ya, saya memperolehi jawapan kepada kekusutan hati yang saya alami... saya rasa sangat lega apabila menggunakan teknik ini.

Kini saya sentiasa gunakan ayat ini untuk menerangkan kepada diri sendiri kenapa sesuatu itu terjadi dengan ayat berikut:-
a. Jika saya merungut asyik saya sahaja yang kena buat sesuatu perkara.....
'Allah beri kita peluang untuk dapat pahala dengan...............(masukkan ayat anda disini)

b. Jika saya ketemu orang /perkara yang tidak saya sukai......
'Allah beri kita peluang untuk melalui pengalaman......(nyatakan cerita anda di sini) ...agar saya jadi orang yang bijak mengendalikan keadaan/orang macam ini di masa hadapan  (ini terpulang kepada diri anda sendiri...gunakan ayat positif) 

atau  "Allah beri saya iktibar agar...................atau apa sahaja, dengan permulaan ayat "Allah beri kita peluang..."

selamat mencuba.......

Friday 17 January 2014

Antara Kimchi Family Vs Ariana Rose

salah satu 'penyakit' baru yg melanda saya ialah menonton drama, tak kira mana-mana saluran pun...akhirnya saya 'hook' dgn citer kimchi family, TV2 sebelum hantar anak-anak sekolah...maklumlah, hurray-hurray 2-3 thn ni...erk.....

petang, sambil main masak-masak, terpandang citer TV3 (kot), tayangan wajib tonton bibik, Ariana Rose...lepas habis citer( adoi, poning den tengok) 'Playboy itu suami ku....' dan lain-lain citer yang sewaktu dengannya.....jalan citer sama jer, saya rasa penyakit ni lepas 'kejayaan' citer 'Sebenarnya saya isteri dia' kot.......

 aduh ariana rose, hang ni menambahkan koleksi citer merendahkan martabat pompuan ......baik akak tengok kimchi family, dapat tengok pemandangan korea yg cantik,sejuk...jalan cerita tentang keluarga, perjuangan, kasih sayang, kental jiwa , keras semangat tapi halus hemahnya.........rasa nak pegi jer makan kat restoran tu....kimchi godul........cubalah sutradara, suterateruna, suterajanda, suteraduda dll  kat mesia ni buat citer berfaedah....orang korea lebih 'islami' banding orang mesia yg rata-rata pelakonnya muslim kan.....

itulah story akak petang ni.....gerem aku tengok budak ariana rose sama adam ni....tapi pikir balik, abih, dah sekerip dia camtu ....apa ke der......









 
jangan pening layan kak jemah dik non, jom layan Nenek juara gelek hindustani ni....

Wednesday 15 January 2014

Google: the Reunion...the best pakcik in the online world...

the addiction of blog..wargh.......start dah....

 okay, i give up...once i update my blog, the addiction keeps coming.....okay....now hear ye...my research topic is...jeng,jeng,jeng......entrepreneurial competencies + library marketing + libraries...I've found this strategic marketing guru  cum charted librarian Terry Kendrick http://www.terrykendrick.com/category/libraries/

and I love this marketing advert by Google.. 'pakcik google' as we all fondly coined it..

Librarian! beware !  if u are not marketable enough, u will certainly be replaced by this pokcik......Hail the entrepreneurial competencies + marketing...ni baru gezek jer.......(translate la korang bahasa marketing rojak akak ni...heheheheheheh....)

lurv this advert, sweet and informative and touching touching gitu......starts off with the wonderful Azan......google, do one for librarian...pleeease.....afterall. u based your search concept from the libraries right...'the google way'..tribute to PSZ librarian

Tuesday 14 January 2014

Halloooo 2014.....

Assalamualaikum and hello 2014....
yes..I've been very quiet...i am trying to adjust to my new life...The postgraduate life...at last, the 'company' awarded me with study leave BUT  graduate on time I must be (GOT)..yelah tu....aduhai....
everyone keep asking me.."wei, u wanna be lecturer ha? (pensyarah).....".....aaaa..uh.uh.erm.... now I know how to answer...'erk..I want to be Chief Librarian"..(spice up with heheheheh the evil laugh)....

the truth.......i speak no americano......hehehe.......May 2014 spice up our life for better....will be posting seriously later.......... enjoy......

papa americano.....no englis, no cry................




Blog & anakanda yang tua....

Sabtu 18 Mei 2013.....

dalam usaha membantu anakanda 'istimewa', saya perkenalkan beliau dengan blog, anjuran KKA UTM Skudai...haish, asyik cari gambar sahaja...


 Anakanda bersama En Shahrul, Trainer



Harapan saya, beliau akan lebih berminat untuk belajar menulis dalam bahasa melayu dan english yang lebih baik

kalau berminat dengan aktiviti anjuran KKA UTM, boleh contact En Azmi Mohd Rais (kelas tusyen)

azmimr@utm.my  

trainer :
En Shahrul Nizam : pakcikshahrul@gmail.com  | mshahrul@utm.my