dari angan-angan tercipta mimpi... dari mimpi mula mengorak usaha..dengan izinNya,usaha membuahkan jaya... .

Thursday 12 January 2012

susahnya nak senang, tapi senangnya nak susah.......

Untuk berjaya dan mencapai kecemerlangan, banyak isu yang mesti kita selesaikan........ berikut  adalah contoh cerita untuk tajuk diatas "susahnya nak senang, tapi senangnya nak susah"

(1) nak dapat syurga, kena jadi orang baik, nak jadi orang baik memang susah, sebab nak dapatkan syurga memang lah susah,tapi kena cuba jugakan, takkan nak duduk selamanya dalam neraka .......tapi nak dapat neraka senang, buat lah sesuka hati, pasti dpt neraka...hermmmmm....

(2) nak jadi orang berjaya lagi susah, macam2 isu perlu ditangani....tapi kalau dah berjaya, mudah, sebab telah terbukti yang kita berjaya melalui kaedah yang telah kita lalui........senangnya, buat selamba aje, tak payah buat apa2, doklah situ diam2.......tapi nanti tengok orang lain berjaya, susah hati pula, irihati dsb.....tak irihati tu tak normal namanyakan.....jadi tak apa lah iri hati, moga kita usahakan yang lebih baik untuk diri sendiri....

(3) nak pandaikan anak2 pun susah, sangatlah susah kalau takdir hidup ada anak 'kelainan upaya', satu pun susah, apatah lagi 2 atau 3 dan seterusnya.........tapi kalau anak2 berjaya, kita juga yang senangkan, senang hati, dsb.....yang senangnya buat tak kisah je, sukahati kau lah nak jadi apa, tapi akhirnya, kita yg susah......

(4) jadi orang perempuan zaman mileneum pun susah, katanya 'equal right', takpun orang perempuan memang terpaksa kerja 500% lebih kuat berbanding orang lelaki kalau nak berjaya......kat ofisnya, kat rumahnya, nak jaga suami punya SKT, famili punya SKT...........yang senangnya, terima je lah apa yang ada.......boleh ke aku macam tu? jawapan aku = TAK BOLEH kerana aku mesti jadi diri aku sendiri...tapi penat lah.......................


jawapan aku untuk semua cerita di atas adalah, 'you are what you think you are" aku lah apa yang aku fikirkan.....FIKIRKAN BOLEH........

No comments:

Post a Comment